Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kelantan terima dana, kembali Liga-M 2017

 | January 6, 2017

Bekas presiden Kafa itu mengarahkan pengurusan pasukan mendaftarkan pemain dengan segera sebelum penyertaan ditutup hari ini.

annuar-musa_kafa_600

PETALING JAYA: Kemelut penarikan diri pasukan bola sepak Kelantan daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 dijangka selesai selepas berjaya mendapatkan dana yang diperlukan.

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa turut mengarahkan exco persatuan itu membuat pendaftaran pemain segera memandangkan tarikh tutup penyertaan pasukan ialah pada hari ini.

Keputusan sebulat suara untuk menyertai semula liga berkenaan dicapai dalam mesyuarat Annuar dengan barisan exco Kafa malam tadi selepas beliau sedia membantu pasukan Kelantan mendapatkan dana.

“Pertemuan dengan exco Kafa baru selesai, esok Kafa diminta daftar 23 pemain dulu sekali gus meneruskan penyertaan Liga Super.

“Ini perlu mereka lakukan demi menjaga maruah Kelantan, menghargai sokongan penyokong setia, serta membangunkan bola sepak Kelantan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

Sebelum ini Kafa memutuskan untuk menarik diri daripada saingan Liga-M 2017 susulan ketidakmampuan untuk menyediakan dana mencukupi kepada pengurusan pasukan The Red Warrior (TFW) itu.

Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan itu kekal bersaing secara kompetitif, namun persatuan itu masih bergelut mencari sumber kewangan selepas Annuar meletakkan jawatan pengerusi secara mengejut Disember lalu.
Mesyuarat khas exco Kafa pada 15 Disember lalu mendedahkan dana kewangan terkumpul persatuan itu hanya RM800,000 daripada sumbangan penaja tertentu dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum sepak mula Liga-M, akhir Januari.

Susulan keputusan Kafa itu, ramai yang merayu supaya ada pihak tampil membantu menaja TRW dan memberi nafas baharu kepada pasukan itu untuk kekal beraksi musim depan termasuklah keputusan kerajaan Kelantan yang secara terbuka berjanji untuk memberi bantuan, walaupun tidak dinyatakan secara jelas bentuk bantuan tersebut.

Malah, kemelut yang melanda pasukan bola Kelantan itu menarik kembali minat pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Hasmiza Othman untuk menaja semula TRW tetapi bersyarat.

Antara syaratnya ialah kelab penyokong dan peminat pasukan TRW itu perlu mempromosi serta membeli produk keluaran syarikatnya sebagai tanda sokongan kepada tajaan berkenaan.

“Saya boleh pertimbangkan untuk menaja pasukan TRW bagi saingan Liga Malaysia 2017 tetapi dengan syarat kelab penyokong dan penyokong TRW membuat promosi dan membeli produk keluaran Vida Beauty,” katanya kepada FMT.

Dr Vida sedia taja pasukan Kelantan, dengan syarat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments