Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa tipu umrah murah kena lapor ke Kementerian Pelancongan

 | January 6, 2017

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan itu membolehkan kementerian bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengendali pakej umrah yang menipu.

Datuk-Mas-Ermieyati-SamsudinPETALING JAYA: Individu yang pernah ditipu agensi pelancongan mengendalikan pakej umrah diminta mengemukakan laporan rasmi kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata tindakan berkenaan bagi membolehkan kementerian dapat bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengendali pakej umrah yang melakukan penipuan itu.

Beliau berkata dari 2012 hingga November 2016, sebanyak 79 kompaun bernilai RM386,000 dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan umrah.

Selain itu, 11 syarikat dibatalkan lesen manakala 1 syarikat dibatalkan lesen perjalanan ke luar negara akibat kesalahan berkaitan pengendali umrah.

“Di bawah Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelancongan 1992, syarikat tidak berlesen di bawah kementerian boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat berlesen yang melanggar syarat mengendalikan pakej umrah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada FMT.

Mas Emieryati berkata penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lebih ketat dan serius ke atas pengendali pakej umrah yang menipu jemaah jika laporan dibuat kepada kementeriannya.

Pada tahun lalu seramai 2,000 jemaah umrah terperdaya dengan kegiatan pakej umrah murah, namun sehingga hari ini hanya 1 aduan rasmi dibuat kepada kementeriannya.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerima 3,482 aduan dari 2014 hingga Oktober tahun lalu dengan jumlah tuntutan pengguna sebanyak RM21.28 juta.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan juga menjalankan kerjasama dengan lain-lain agensi dan jabatan bagi memantapkan lagi fungsi penguatkuasaan kementerian.

“Selain polis, kita turut kerjasama dengan KPDNKK, polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

“Bakal jemaah diminta rujuk ke laman sesawang www.motac.gov.my atau memuat turun aplikasi MyMotac di telefon pintar bagi menyemak status syarikat berlesen.

“Semakan juga boleh dibuat di laman web www.jawhar.gov.my bagi menyemak senarai syarikat pelancongan berstatus muassasah yang berdaftar dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.

Aduan boleh dibuat ke [email protected] atau ke talian 019-274 1674 atau 019-274 1671.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments