Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pulau Pinang lantik Saifuddin untuk tarik sokongan Melayu

 | January 6, 2017

Setiausaha agung PKR itu menganggotai jawatankuasa "Pemerkasaan Melayu" yang akan membantu memastikan sokongan berterusan masyarakat Melayu

Saifuddin-NasutionGEORGE TOWN: Pelantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata Pakatan mempunyai rancangan besar untuk mendekati masyarakat Melayu melalui jawatankuasa “Pemerkasaan Melayu”.

“Pelantikan Saifuddin sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya sokongan masyarakat Melayu,” kata Rashid hari ini.

Jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memastikan sokongan berterusan masyarakat Melayu kepada pakatan pembangkang persekutuan itu.

“Kita ada badan pemikir kajian Melayu dari seluruh negara membantu kita. Saya tak boleh dedahkan semua,” kata Rashid, yang mengakui Saifuddin juga berperanan untuk mengukuhkan majoriti undi di kerusi PKR di Pulau Pinang.

Saifuddin pada Rabu mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Pelantikan itu dipersetujui pimpinan kanan PKR, kata Rashid.

Media rasmi PAS, Harakahdaily, mencemuh pelantikan pemimpin kanan parti sekutunya, mendakwa DAP memberi insentif kepada PKR untuk mengekalkan kerjasama antara kedua parti.

Ditanya mengenai ketidakpuasan hati parti Islam itu, Rashid berkata: “PKR cuba bekerjasama dengan PAS pada skala kecil, tetapi bila kami hubungi mereka, mereka tak hadir.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments