Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saham Eagle High: Peneroka Pahang protes depan Menara Felda

 | January 6, 2017

Peneroka dari Jengka, Bera dan Keratong itu menyerahkan memorandum bantahan mendesak Felda membatalkan pembelian saham EHP yang didakwa merugikan peneroka.

felda2KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 peneroka Felda dari Pahang mengadakan protes di depan Menara Felda di sini hari ini sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia bernilai RM2.26 bilion

Peneroka dari Jengka, Bera dan Keratong itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda.

Ketua Penerangan PKR Lee Chean Chung yang mewakili peneroka terbabit berkata Felda perlu membatalkan tindakan berkenaan kerana EHP sendiri mengalami kerugian RM100 juta dan pembelian saham itu hanya membebankan peneroka untuk menanggung hutang.

Beliau berkata harga purata EHP pada November ialah 212 rupiah sesaham, tetapi harga pembelian 580 rupiah sesaham.

“Kerugian bersih EHP untuk 9 bulan pertama pada 2016 mencecah RM100 juta, hasil juga jatuh 22.5% kepada RM532.7 juta dalam tempoh tersebut,” katanya ketika ditemui di Menara Felda hari ini.

Sebelum ini, Felda memaklumkan mendapat pembiayaan kerajaan bagi membeli 37% ekuiti dalam syarikat ladang Indonesia, EHP.

felda1Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Felda Khadijah Mohamad Radzi dalam satu kenyataan berkata Felda mendapat pembiayaan kerajaan bagi perjanjian ini.

Felda menerusi anak syarikatnya, FIC Properties Sdn Bhd sebelum ini memaklumkan akan membeli 37% kepentingan dalam syarikat Indonesia, EHP pada harga AS$505.4 juta (RM2.26 bilion).

Lee berkata Felda sudah berhutang RM6.1 bilion pada 2014 dan sebarang urus niaga melibatkan hutang baharu akan menyebabkan kewangan dan hutang Felda makin parah.

Katanya, ini akan membawa kesan langsung kepada kecairan tunai Felda dan boleh menjejaskan keupayaan Felda untuk melaksanakan program tanam semula bagi peneroka.

“Baki tunai Felda hanya RM685 juta pada 2015. Pastinya Felda memerlukan pinjaman ataupun jaminan kerajaan untuk membeli saham EHP.

“Pelaburan RM2.26 bilion sebaiknya dibuat ke atas Felda Global Venture (FGV) kerana nilainya lebih baik berbanding EHP,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments