Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Setiausaha akhbar Najib gagal batal saman Mukhriz

 | January 6, 2017

Hakim berkata terdapat isu yang boleh disiasat dan ditentukan semasa perbicaraan.

Tengku-Sariffuddin-Tengku-AhmadKUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar perdana menteri gagal membatalkan saman fitnah terhadapnya oleh bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar berkata terdapat isu yang akan ditentukan walaupun beliau membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengeluarkan 2 artikel kontroversi dalam satu kenyataan dakwaan Mukhriz.

“Dua artikel lagi, terdapat isu boleh dibicarakan yang akan ditentukan semasa perbicaraan,” kata beliau.

Tengku Sariffuddin memohon pembatalan saman itu dengan mengeluarkan 4 kenyataan akhbar yang disebut Mukhriz.

Roslan berkata, kedua-dua artikel pertama yang dikaitkan dengan Tengku Sariffuddin tidak berunsur fitnah kerana ia tidak merujuk kepada Mukhriz.

Dalam perkembangan berkaitan, hakim menetapkan 15 Mac untuk mendengar permohonan Mukhriz bagi mendapatkan keterangan lanjut dan terperinci terhadap pembelaan yang difailkan Tengku Sarifuddin.

Pada 3 Mei tahun lepas, Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, memfailkan saman berhubung 4 kenyataan media Tengku Sariffuddin yang dikeluarkan pada April 15, 20, 23, dan 26.

Empat siaran media itu adalah “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister”, “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Former DPM’s Reuters Interview”, “Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister’s Press Secretary” dan “Prime Minister’s Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir”.

Dalam pembelaannya, Tengku Sarifuddin berkata beliau tidak pernah memfitnah Mukhriz dalam mana-mana kenyataan medianya yang mahu menjelaskan isu dan berita tidak benar yang tersebar mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Sharifuddin, 54, berkata kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat dan tanpa niat jahat.

Beliau berkata, kenyataan media dibuat atas sifat rasminya untuk mengelakkan khabar angin atau tuduhan politik terhadap perdana menteri.

Peguam Tengku Sharifuddin, Jahaberdeen Mohamed Yunoos kemudian memberitahu wartawan, beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada untuk membuat rayuan.

Sementara itu, peguam Mukhriz, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata beliau bersedia untuk kes itu dibicarakan walaupun dengan 2 kenyataan akhbar dikeluarkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments