Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir kata ‘tidak’ kepada jawatan PM

 | January 7, 2017

Dr Mahathir berkata, soal siapa akan menjadi perdana menteri tidak timbul dan tidak akan timbul, sehingga mereka memenangi PRU akan datang.

mahathir-pru14SHAH ALAM: “Tidak, tidak, tidak,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan memegang jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Soalan ini didorong tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) bulan lalu yang menunjukkan Dr Mahathir adalah calon pilihan untuk jawatan tertinggi negara itu, sekurang-kurangnya di kalangan pengundi Melayu.

Beliau malah mengalahkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan yang dijalankan ke atas 1,761 pengundi berdaftar.

“Saya sudah kata tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.

“Soal PM tak bincang langsung. Ia mengenai menang atau tidak. Tak timbul soal siapa jadi PM sehingga kita menang.”

Bekas perdana menteri itu turut mentertawakan cadangan wujud 2 puak dalam PPBM yang masing-masing menyokong beliau dan Muhyiddin.

“Ada pihak tertentu nak lihat (kami) bergaduh kerana rasa tertinggal dengan kehadiran kami,” kata Muhyiddin.

“Tetapi, kami sama sekali tidak mempunyai masalah antara satu sama lain. Malah, kami bekerjasama rapat hampir setiap hari, berbincang tentang masalah negara dan masa depan parti.

“Semalam, saya bersama beliau (Dr Mahathir) sehingga 2 pagi. Ini menunjukkan kami ada kerjasama kukuh,” katanya sambil menegaskan¬†dakwaan itu adalah fitnah yang berniat jahat.

Sementara itu, ditanya jika persaraan awal bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain ada kaitan dengannya, Dr Mahathir berkata: “Tak kenal Bahri.”

Selasa lalu, Bahri mengumumkan persaraannya daripada jawatan pengarah bahagian operasi khas SPRM kerana kecewa dan berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa kes siasatan SRC International ke mahkamah.

Bagaimanapun, sumber yang bercakap kepada FMT mendakwa sebaliknya dengan berkata, ia disebabkan pendedahan mengenai anak Dr Mahathir memiliki kepentingan dalam lebih 400 syarikat, termasuk entiti berkaitan kerajaan di bawah pemerhatian Bahri.

“SPRM mempunyai hak untuk siasat sesiapa sahaja dan saya tiada bantahan, selagi ia dilakukan dengan betul (dan) berdasarkan fakta, tidak bersekutu dengan mana-mana parti politik atau individu.

“Kami mahu lihat keadilan. Jika kami lakukan sebarang kesalahan, siasat kami,”¬†kata Dr Mahathir.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments