Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mukhriz dipelawa berucap di ‘roadshow’ RUU 355 PAS

 | January 7, 2017

Mukhriz berkata, beliau akan bercakap mengenai isu semasa menjejaskan Malaysia, jika menghadiri acara anjuran PAS itu.

mukriz-ruu35PETALING JAYA: Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin menghadiri sebuah acara kecil “roadshow” anjuran PAS berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Bercakap selepas sebuah majlis PPBM hari ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedang mempertimbangkan menghadiri acara itu dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi akan bercakap mengenai isu semasa menjejaskan negara ini, jika beliau memutuskan untuk hadir.

Mengenai himpunan solidariti RUU 355 pada 18 Februari ini, Mukhriz berkata, PPBM belum menerima sebarang jemputan dan tidak boleh mengesahkan penyertaan partinya.

Petang tadi, Tuan Ibrahim mengumumkan himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka membabitkan lebih 200 NGO dan lebih 300,000 peserta dijangka menyertainya.

Jemputan turut akan dihantar kepada semua pihak, termasuk parti serpihannya Amanah dan seterunya DAP yang menentang RUU 355.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS tidak dibenar mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Katanya, Padang Merbok juga dilarang, tetapi memberi lampu hijau kepada parti itu menggunakan Stadium Titiwangsa, di mana Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang dizalimi Myanmar diadakan baru-baru ini.

Perhimpunan terdahulu anjuran parti politik dan NGO itu juga gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa, tetapi Tuan Ibrahim yakin pihak berkuasa akan memberi lampu hijau kepada partinya kali ini.

Demi solidariti RUU 355, PAS anjur himpunan mega


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments