Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’

 | January 7, 2017

Peneroka berkata kebajikan masyarakat di Felda semakin dipinggirkan dan hasil jualan Felda juga merudum.

felda kelapa sawit

KUALA LUMPUR: Pengurusan Felda sepatutnya memberi tumpuan kepada pembinaan rumah untuk generasi kedua peneroka sebelum sibuk hendak membeli saham yang merugikan, kata peneroka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jengka Pahang Razali Isnin berkata kebajikan warga Felda juga semakin dipinggirkan dan tambah menyakitkan apabila hasil jualan bertambah merudum.

“Jika dulu hasil jual buah boleh dibayar seminggu sekali, tetapi sekarang bayaran dibuat sebulan sekali.

“Kita nampak tindakan pembelian saham terbaru PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia hanya memberi mudarat kepada kita.

“Sepatutnya Felda lebih menumpukan kepada penyiapan rumah generasi kedua yang masa ini sudah terbengkalai,” katanya.

Razali ialah antara 50 peneroka dari Pahang yang mengadakan protes di Menara Felda semalam sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham RM2.26 bilion daripada EHP.

Peneroka Felda Jengka, Mustafa Sarip, 63, berkata banyakan tindakan Felda yang tidak memuaskan hati dan antaranya ialah kerugian Felda Global Ventures (FGV) dan terbaru ialah pembelian saham EHP.

“Kami masuk saham FGV tetapi penyudah saham 50 sen pun tidak menguntungkan. Malah duit poket kena bayar lagi.

“Felda berani beli saham dengan guna duit orang. Pentadbiran Felda ibarat pergi sekolah dia pergi universiti dapat sijil terus balik,” katanya yang sudah 40 tahun menjadi peneroka.

Rafidin Kasmawi, 64, yang sudah 31 tahun menjadi peneroka di Keratong berkata beliau kesal dengan tindakan pengurusan tertinggi Felda yang membeli saham EHP kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Felda.

Katanya, sudahlah pelaburan EHP merugikan, saham FGV oleh peneroka Felda juga tidak membawa keuntungan.

“Jika dulu jualan harga pasaran FGV RM4.45 tetapi sekarang tinggal RM1.50 saja. Di peringkat awal dalu Felda memang sangat baik, khas kepada orang Melayu.

“Sekarang jauh berbeza, dan bagi generasi muda yang tidak berkelulusan tinggi sangat susah cari makan, apatah lagi bagi yang sudah berkahwin. Banyak sangat masalah di Felda ini timbul kerana kepimpinan,” katanya.

Dalam protes semalam, Ketua Penerangan PK Lee Chean Chung yang mewakili peneroka terbabit berkata Felda perlu membatalkan pembelian saham itu berikutan EHP juga mengalami kerugian RM100 juta dan pembelian saham itu hanya membebankan peneroka untuk menanggung hutang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments