Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya dipecat Umno tetapi masih jadi PM, kata Dr M kepada Anina

 | January 7, 2017

Dr Mahathir menasihatkan Anina tidak meninggalkan perjuangan demi perkara kecil, sementara Muhyiddin menjelaskan Anina tidak dilantik ketua wanita PPBM kerana prestasinya tidak memenuhi jangkaan.

nina-mahathirSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tidak terlalu emosi kerana tidak dilantik sebagai ketua sayap wanita.

Bekas perdana menteri itu berkata, perselisihan kecil berhubung keputusan PPBM tidak melantiknya sebagai ketua wanita (Srikandi), tidak harus dijadikan alasan untuk beliau meninggalkan perjuangan utama parti bagi menyelamatkan negara.

“Jangan kecewa dan lupa perjuangan kita hanya kerana perkara kecil yang berlaku kepada anda.

“Saya sendiri dipecat daripada parti (Umno), tetapi kemudian saya masih menjadi perdana menteri,” kata pengerusi PPBM itu pada sidang media di Kompleks PKNS hari ini.

Dr Mahathir mengulas konflik dalaman PPBM yang menyaksikan Anina menyerang pucuk pimpinan parti itu selepas mendakwa dirinya dilucutkan jawatan ketua wanita pada 25 Disember lalu.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir petang tadi menafikan wujud sebarang konflik dan mendakwa keadaan itu hanyalah salah faham.

Beliau berkata, keputusan itu tidak bersifat peribadi dan ia dibuat selepas mendapati prestasi Anina tidak memenuhi jangkaan.

“Apabila kami tubuhkan parti ini, kami meminta beliau memimpin dan meletakkan Srikandi dalam usul. Tetapi, tiada keputusan rasmi mengenai jawatan ketua Srikandi.

“Apa yang berlaku mungkin atas sebab tertentu, Anina tidak mencapai sasaran. Jadi, parti memutuskan tidak melantik beliau memegang jawatan itu.

“Tetapi, beliau masih ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Kami akan serahkan kepada beliau memutuskan jika mahu kekal bersama parti.”

Muhyiddin bagaimanapun berharap Anina yang merupakan seorang daripada 7 ahli pengasas PPBM akan terus berjuang bersama mereka.

Katanya, ini hanyalah permulaan dan ada banyak lagi yang perlu dilakukan mereka.

“Walaupun keputusan itu mungkin bukan apa yang beliau mahukan, bagi saya, ia hanya satu daripada cabaran yang kita semua perlu hadapi.”

Ditanya bilakah PPBM akan memilih ketua wanitanya, Muhyiddin berkata, pemimpin parti masih mengkaji semua calon.

PPBM singkir Anina sebagai ketua wanita

Jika benar kerana skandal, Anina akan hilang semua jawatan PPBM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments