Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahasiswa dangkal kerana kurang pendedahan subjek falsafah

 | January 9, 2017

Pensyarah undang-undang ingin melihat universiti menjadi tempat mahasiswa mengembangkan pemikiran bagi lebih mendalami isu semasa.

azmi-sharomPETALING JAYA: Ketiadaan penekanan terhadap kursus falsafah seperti sejarah dan kesusasteraan menyumbang kepada kegagalan universiti tempatan mengembangkan pemikiran penuntutnya, kata seorang pensyarah Universiti Malaya.

“Walaupun kurangnya bukti dan kajian terhadap penyekatan ini, namun kekurangan kursus falsafah di universiti ini menyekat pemikiran mereka mendalami lebih isu semasa,” kata Dr Azmi Sharom yang mengajar undang-undang.

Beliau mengulas kenyataan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Tajuddin Rusdi mengenai IPTA kini hanya menjadi tempat menyemai sikap “pak turut” di kalangan mahasiswa.

Tajuddin berkata universiti awam juga bukan lagi menjadi tempat untuk seseorang “mempelajari sesuatu yang bermakna”.

Katanya, universiti semakin merosot dan menjadi tempat mendapatkan ijazah untuk melayakkan diri ke alam pekerjaan semata-mata.

Azmi turut menyentuh sekatan universiti terhadap individu tertentu terutama pemimpin pembangkang terlibat dalam siri ceramah di kampus.

“Jadi jika kita lihat dalam penganjuran ceramah melalui universiti, kalau melibatkan individu yang tidak disukai, mereka tidak akan diberikan kebenaran (untuk berceramah).

“Saya sendiri dilarang masuk ke kampus (beri ceramah). Jadi, pastilah pihak universiti merasakan kami ini berbahaya dan dihalang masuk. Jadi adakah ini berlaku di semua universiti dalam negara kita? Itu ada kemungkinannya,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid pula berpandangan menjemput pemimpin pembangkang dalam ceramah anjuran mahasiswa hanya memberi pandangan negatif kepada mereka.

Justeru, beliau bersetuju dengan sekatan dilakukan universiti terhadap pemimpin pembangkang.

Menurutnya, kebanyakan mereka bersikap hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang dikata.

“Sebenarnya orang politik berceramah universiti hanya beri nilai negatif seperti pimpinan pembangkang dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ibrahim Ali.

“Cara mereka bercakap memang sedap didengar tetapi apabila diberi tugas, ada yang terlampau gopoh, emosi tak stabil, emosional dan sebagainya. Kita perlu anjak retorik iaitu lahirkan orang pandai bercakap sahaja.

“Apa yang penting sebagai seorang profesor mengajar di universiti, perlu mengatasi kelemahan yang ada dan bukan mengeluarkan kenyataan retorik sahaja,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments