Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

MCA sanggah Nazri, demo PAS membahayakan hubungan kaum

 | January 9, 2017

Ti Lian Ker berkata tunjuk perasaan itu tidak berbeza dengan himpunan gerakan Baju Merah.

tian-li-nazri

PETALING JAYA: MCA hari ini memberi amaran tunjuk perasaan menyokong peluasan kuasa mahkamah syariah yang dirancang PAS akan memburukkan ketegangan kaum.

Biro Keharmonian Agama MCA turut mempersoalkan kenyataan menteri Umno, Datuk Seri Nazri Aziz, yang mendakwa parti Islam itu berhak menganjurkan tunjuk perasaan itu.

Pengerusinya Ti Lian Ker menyamakan tunjuk perasaan itu kepada himpunan gerakan Baju Merah, yang dipimpin Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.

“Tengoklah kebencian yang disebabkan oleh tunjuk perasaan Baju Merah. Adakah kita benar-benar mahu ia berulang?” katanya kepada FMT hari ini.

“Nazri harus sedar perhimpunan PAS itu berasaskan agama.”

Lian Ker berkata tunjuk perasaan itu boleh bertukar menjadi perhimpunan agama yang tegang, menyasarkan mereka yang menentang rang undang-undang persendirian yang dibentangkan presiden PAS tahun lepas, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

“Kami bimbang ia akan mewujudkan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” tambahnya.

“Kita mesti ambil perhatian banyak perkara yang tidak menyenangkan diperkatakan mengenai mereka yang menolak hudud dan pindaan syariah.”

Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya akan menganjurkan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan, menyasarkan kehadiran 300,000 orang, bagi memaparkan kekuatan sokongan kepada rancangan memperkasa undang-undang syariah.

Nazzri berkata PAS berhak menganjurkan himpunan itu, walaupun rancangan itu ditolak Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Lian Ker berkata MCA menghormati Islam tetapi menolak undang-undang yang menurutnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya RUU itu, yang membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah, mempunyai matlamat utama untuk menguatkuasakan hudud, iaitu hukuman seksa bagi jenayah berat, serta “kanun jenayah untuk seluruh rakyat”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments