Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda PKR cabar Shahrir Samad batal beli saham Indonesia

 | January 9, 2017

Shahrir Samad digesa menyelesaikan masalah dalaman Felda terutama mengenai pembelian EHP yang didakwa turut menjejaskan para peneroka.

PKR-Lee-Chean-ChungPETALING JAYA: Pemuda PKR mencabar Tan Sri Shahrir Abdul Samad membatalkan pembelian Eagle High Plantation (EHP) Indonesia sebagai langkah permulaan mengembalikan matlamat asal penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata, pelantikan Shahrir sebagai pengerusi Felda baru seharusnya berani dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam Felda dan tidak menjadi tunggangan mana-mana pihak berkepentingan.

“Saya melihat penukaran pengerusi Felda yang baru sebagai bukti Felda memang bermasalah dari segi pengurusannya.

“Beliau boleh buat keputusan berani tanpa mengambil beban orang dulu. Jadi, jika Shahrir bebas dan betul-betul ingin mengembalikan matlamat asas Felda, beliau perlu membatalkan pembelian EHP yang mencurigakan, misteri dan luar biasa ini,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu, Shahrir diumumkan sebagai pengerusi baharu Felda bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu. Namun, Isa kekal sebagai pengerusi FGV, walaupun dipersalahkan berikutan prestasi kewangan yang lemah.

Menurut Chean Chung, jika pembelian EHP diteruskan, berkemungkinan satu kempen dan bantahan protes lebih besar oleh peneroka akan dilakukan di hadapan Menara Felda.

“Kami memberi tempoh kepada peneroka untuk menunggu keputusan Shahrir. Sekiranya tidak nampak keputusan yang berani daripada Shahrir, kita terpaksa menyuarakan bantahan.

“Kita mungkin mengadakan kempen mendedahkan penipuan yang berlaku di dalam Felda. Ke-2, berkemungkinan bantahan protes dengan mengumpulkan peneroka Felda bukan sahaja dari Pahang tetapi Johor, Negeri Sembilan dan Perak di Menara Felda,” katanya.

Jumaat lalu, Chean Chung mengetuai protes sekumpulan peneroka di Pahang yang menggesa Felda membatalkan pembelian saham EHP yang pada masa sama turut mengalami kerugian RM100 juta dan hanya membebankan peneroka kerana terpaksa menanggung hutang.

Pada protes itu, seramai 50 peneroka Felda dari Pahang terlibat bagi menyatakan bantahan.

 

Saham Eagle High: Peneroka Pahang protes depan Menara Felda

Shahrir Samad dilantik pengerusi Felda baharu


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments