Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Salah kalau ugut sembur cat pada wanita bersari seksi

 | January 9, 2017

Polis berkata post berunsur ugutan seperti dalam akaun Facebook "Thaipusam Spraying Group" boleh dianggap sebagai ancaman terhadap ketenteraman awam.

Ketua-Asmawati-AhmadPETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya jangan mengambil tindakan yang boleh mengancam ketenteraman awam terutama pada upacara keagamaan.

Polis berkata demikian sebagai respons kepada satu kumpulan Facebook – “Thaipusam Spraying Group” yang memberi amaran kepada wanita yang menyertai sambutan Thaipusam bulan depan supaya berpakaian sopan.

Mereka mengancam akan menyembur cat aerosol ke arah wanita berpakaian mencolok mata, termasuk kepada wanita yang memakai sari, tetapi mendedahkan bahagian belakang.

Gambar beberapa rekaan sari yang dianggap tidak sopan oleh kumpulan itu turut disertakan bersama tulisan amaran itu di Facebook berkenaan.

“Amaran awal kepada wanita Hindu yang datang ke festival Thaipusam, berjaga-jaga jangan sampai disembur dengan cat aerosol kerana berpakaian tidak sopan,” kata kumpulan itu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Asmawati Ahmad berkata post seperti itu boleh dianggap sebagai jenayah, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan.

“Jadi jangan cemarkan acara agama dengan melakukan perkara yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat,” katanya.

Post itu disiarkan minggu lalu, dan pada ketika itu kumpulan berkenaan mempunyai kira-kira 150 ahli.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Henry Barnabas, yang membuka laman itu, menulis di akaun peribadinya post itu berniat untuk melindungi “adat dan budaya” Hindu.

“Mari sebarkan mesej positif menerusi kumpulan ini supaya mereka akan tahu dan menghormati maksud Thaipusam.

“Kebanyakan orang muda hari ini tidak tahu sejarah silam kita. Thaipusam bagi mereka hanya untuk glamor, menari dan lain-lain. Mari kita bawa kesedaran dalam kalangan belia dan generasi akan datang,” katanya.

Barnabas juga menggesa pengikutnya menjadikan post itu viral, dan berkata wanita hari ini berperangai seperti “pelacur”.

“Nak salahkan siapa? Lelaki cuba melindungi perempuan tetapi mereka berkelakuan seperti ‘call girls’ dan bila mereka terlibat dengan masalah, salahkan lelaki,” katanya.

Usaha FMT untuk menghubungi Barnabas setakat ini belum berjaya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments