Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bohong! Raja Bahrin nafi cuti mewah ketika banjir

 | January 10, 2017

Pemimpin Amanah Terengganu itu menafikan laporan sebuah portal yang beliau sekeluarga bercuti mewah ketika banjir melanda negeri itu Disember lalu.

raja-bharin_amanah_600

KUALA LUMPUR: Pemimpin Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad hari ini menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa beliau “bercuti mewah” di London ketika banjir melanda di negeri itu baru-baru ini.

rajabharinAhli Parlimen Kuala Terengganu itu menyifatkan laporan laman berita Mynewshub itu berniat jahat, dan menjelaskan gambar menunjukkan beliau bersama keluarga itu adalah daripada lawatannya ke London pada Oktober, 2 bulan sebelum banjir di Terengganu dan Kelantan bulan lalu yang memaksa beribu-ribu berpindah.

“Saya berpendapat penulisan tersebut dibuat dengan tujuan dan niat yang jahat untuk memburukkan nama saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat.

“Mynewshub juga tidak pernah menghubungi saya untuk mengesahkan cerita tersebut yang sepatutnya dilakukan oleh wartawan yang bertanggungjawab. Saya menuntut mereka menarik balik artikel tersebut dan membuat permohonan maaf,” katanya kepada media hari ini.

Dalam laporan bertajuk “Wakil rakyat Amanah cuti mewah di UK abai mangsa banjir”, Raja Bahrin dilapor membawa anak dan isterinya, penyanyi Noryn Aziz bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu.

Raja Bahrin berkata segala aktivitinya boleh dilihat di laman Facebook dan Instagram milik beliau.

“Saya telah turun pada sejak 27 Disember hingga 7 Januari di Terengganu. Ini satu contoh mereka tidak ada usaha untuk mengesahkan tempat laporan mereka,” katanya, dan menambah perkara itu akan dilaporkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), di samping mengambil tindakan undang-undang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments