Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr M jangan bohong, 1MDB pertahan tajaan haji

 | January 10, 2017

Ia merupakan respon pertama syarikat itu selepas dakwaan ibadat haji yang dibiaya wang 1MDB tidak boleh dianggap 'mabrur' kerana ia wang yang 'dicuri'.

mahathirPETALING JAYA: 1MDB hari ini mempertahankan skim penajaannya untuk rakyat Malaysia menunaikan haji, sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir kerana berbohong mengenai syarikat milik negara itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berbohong mengenai 1MDB, kali ini berhubung tajaan program khas haji Yayasan 1MDB.

“1MDB mempunyai operasi perniagaan yang sah, sebelum ini dalam jana tenaga dan mutakhir ini, pembangunan hartanah.

“Dana daripada operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan dana seperti itu untuk menaja program khas haji,” kata 1MDB dalam kenyataan.

Ia merupakan respon pertama syarikat itu selepas Dr Mahathir mendakwa ibadat haji yang dibiaya wang 1MDB tidak boleh dianggap “mabrur” kerana ia wang yang “dicuri”.

Menurut 1MDB, selain program khas haji, yayasan itu turut menaja geran dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); geran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam, dana belia 1Malaysia dan dana Klinik Bergerak 1Malaysia.

“Sejak ditubuhkan pada 2010, Yayasan 1MDB menaja RM690 juta usaha murni di seluruh negara, melaksanakan 60 projek pendidikan, rawatan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat, yang memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat.”

Sebelum ini, kenyataan Dr Mahathir itu ditolak beberapa mufti negeri seperti Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan) dan Tan Sri Harussani Zakaria (Perak).

Susulan itu, Dr Mahathir semalam sekali lagi mempertahankan dakwaannya.

“Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil,” tulisnya dalam blog beliau.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments