Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Suami isteri didakwa tipu pelaburan Mekah, Madinah

 | January 10, 2017

Mereka didakwa menipu seorang ahli perniagaan kononnya ada pelaburan di Mekah dan Madinah hingga mangsa terpedaya dan menyerahkan wang bernilai lebih RM500,000.

makamahJOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan penipuan pelaburan program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah, 2 tahun lalu.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, manakala isterinya Sofia Affendi, 42, masing-masing didakwa dengan 2 pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Sheikh Saidey didakwa melakukan kesalahan menipu dan memperdaya seorang ahli perniagaan, Raja Farhana Raja Ali, 36, dengan menawarkan pelaburan pajak bilik hotel di Mekah dan Madinah, yang mana mangsa kemudiannya menyerahkan sekeping cek bernilai RM314,535.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan yang sama sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM282,616.73 kepada tertuduh.

Sheikh Saidey didakwa melakukan 2 kesalahan itu di Restoran Remaja Bandar Baru Uda, Jalan Tampoi, pada April 2015 antara 8.30 hingga 11 malam.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun berserta sebatan dan denda.

Manakala, Sofia juga dituduh bersubahat dengan suaminya atas 2 pertuduhan untuk memperdaya Raja Farhana berhubung program itu di lokasi dan waktu sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mahkamah sama.

Azlan Shah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM90,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments