Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak adil kami semua dihukum, kata persatuan teksi

 | January 10, 2017

Persatuan pemandu teksi menegaskan sebahagian besar daripada mereka sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan hanya segelintir bersikap tidak bertanggungjawab.

teksi-kamarudin

PETALING JAYA: Persatuan teksi melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan tindakan pemandu teksi menjejaskan nama baik industri pelancongan dan pengangkutan awam itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain berkata, dakwaan itu kurang bijak kerana hanya melibatkan segelintir pemandu teksi yang mengambil jalan pintas menipu pelancong untuk mendapatkan pendapatan lebih.

“Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang selama ini bekerja dengan jujur? Tak logik kalau hanya 2 atau 3 orang buat tahi, kerajaan nak hukum pemandu teksi lain.

“Setakat ini saya nampak dalam setahun ada 2 atau 3 kes sahaja,” katanya kepada FMT, hari ini.

Semalam, Nazri mendedahkan satu daripada punca utama Kabinet memberi lampu hijau kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab kerana tidak mahu pemandu teksi terus menipu pelancong.

Beliau berkata, reputasi pemandu teksi menipu pelancong merosakkan industri pelancongan negara, tetapi dengan adanya Uber dan Grab, pelancong tidak lagi mempunyai alasan takut datang ke Malaysia.

Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail turut senada dengan apa yang dinyatakan Kamaruddin.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata dianggarkan hanya 10% daripada semua pemandu teksi tidak jujur dan kebanyakan daripada mereka melakukan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka.

“Sebab itu walaupun dengan adanya Uber dan Grabcar, pendapatan pemandu jujur tidak terjejas banyak. Mereka mempunyai pelanggan tetap yang tidak kisah membayar lebih untuk perkhidmatan kami.

“Saya juga memperkenalkan sistem e-tiket bagi memastikan tiada pemandu teksi Big Blue menipu pelanggan mereka,” katanya.

Shamsubahrin juga berpendapat punca sebenar masalah ini kerana kurangnya penguatkuasaan terhadap pemandu teksi ingkar.

Mereka berterusan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab kerana mengetahui tiada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan kepadanya.

Beliau juga berkata, Nazri seharusnya tidak melepaskan tanggungjawab kepada syarikat teksi sebaliknya perlu bersama-sama berbincang dengan SPAD bagi mencari penyelesaian holistik.

“Masalah ini sudah berlarutan selama beberapa dekad. Ia bukan perkara baru. Dan jangan fikir dengan menghalalkan Uber dan Grabcar adalah penyelesaian terbaik.

“Ini kerana kebanyakan pemandu teksi menipu pelanggan kini berpindah pula kepada Uber dan Grabcar,” katanya

Nazri: Uber, Grab diluluskan kerana teksi tipu pelancong


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments