Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Astana Negeri nafi berita pelantikan pemangku ketua menteri Sarawak

 | January 11, 2017

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri mengesahkan maklumat berkenaan tidak benar selepas melakukan pemeriksaan dengan Astana Negeri.

Amar-Douglas-Uggah-Embas_whatsapp_Astana-Negeri_600

KUCHING: Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai pemangku ketua menteri adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.

“Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri,” katanya ketika dihubungi.

Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat komplikasi jantung.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments