Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guan Eng hormati reputasi Adenan bebas daripada skandal

 | January 11, 2017

Guan Eng memuji bekas ketua menteri Sarawak sebagai seorang pemimpin berpengetahuan dan merendah diri.

lim-guan-eng_adenan-satem_600

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan dikenang sebagai pemimpin bebas daripada skandal awam dan rasuah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau menggambarkan Adenan sebagai seorang yang berpengetahuan, jujur dan berterus-terang.

Beliau berkata kedua-dua mereka berkongsi kepercayaan yang sama walaupun dalam kem berlawanan.

Lim berkata beliau dan Adenan bercita-cita mengurangkan kawalan persekutuan di negeri diterajui dan “tidak memisahkan” hak penduduk tempatan untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan diri mereka sendiri.

“Paling penting, kita menegakkan perjanjian Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Rest in peace, Tan Sri, anda sudah menunaikan tugas untuk semua rakyat Sarawak,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata Sarawak perlu meneruskan perjuangan bagi kebebasan beragama untuk orang bukan Islam, hak tanah adat dan menguasai 20% royalti minyak.

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem meninggal dunia


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments