Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan politikkan keterangan kepada SPRM, kata Idris Haron

 | January 11, 2017

Ketua menteri Melaka menjelaskan beliau hanya membantu siasatan SPRM terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri

idris-haronMELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan bantuan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata beliau sentiasa bersikap terbuka sekiranya pihak pembangkang dapat mengemukakan bukti terdapat pegawainya terlibat dengan amalan rasuah dan tidak pernah menghalang mana-mana siasatan terutama daripada SPRM.

Justeru, katanya pihak pembangkang perlu mendapatkan maklumat tepat dan terperinci berkaitan isu itu sebelum membuat sebarang tuduhan, gesaan dan campur tangan dalam pentadbiran serta pengurusan kerajaan negeri.

“Saya lihat pihak pembangkang ini mudah didorong oleh emosi dan hanya meletakkan kepentingan politik semata-mata…jangan main politik. Pergi jaga ahli cawangan yang ada.

“Selaku ketua menteri, saya tidak pernah melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah walaupun mereka adalah pegawai saya,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar melaporkan mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabat Idris pada Ahad lepas bagi merakam kenyataan berhubung siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri Melaka.

Ketika ditemui pemberita semalam, Idris menjelaskan beliau hanya membantu siasatan SPRM terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.

Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi kenyataan media semalam mendesak Idris membuat penjelasan mengenai kedatangan SPRM itu sementara Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahri dilaporkan portal parti itu Amanah Daily hari ini sebagai berkata Idris diingatkan supaya ambil peduli isu rasuah yang berlaku.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments