Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jualan rumah merosot kerana syarat bank terlalu ketat, kata pemaju

 | January 11, 2017

Jualan rumah merosot sehingga 14% tahun lalu dan pemaju tidak setuju ia kerana harga yang terlalu tinggi.

Jerry-Chan-Fook_rehda_rumah_600

PETALING JAYA: Kesukaran mendapat pinjaman daripada bank antara faktor utama jualan rumah sepanjang tahun lalu mencatatkan penurunan, kata pemaju perumahan.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing berkata, rata-rata pengguna yang ingin memiliki rumah pertama terhalang disebabkan syarat yang diletakkan pihak bank terlalu tinggi.

Beliau menjangkakan kemerosotan jualan rumah berterusan tahun ini.

“Tahun 2016 memang permintaan menurun dan perkara sama akan berlaku pada 2017, disebabkan kesusahan untuk mendapat kelulusan daripada pihak bank,” katanya kepada FMT.

Katanya, selain syarat kelulusan bank yang ketat, kos pengurusan yang terlalu tinggi dibayar kepada kerajaan negeri memaksa pengguna melupakan hasrat memiliki rumah pertama.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) yang memantau pertumbuhan sektor hartanah negara berkata peluang pekerjaan yang lemah serta kebimbangan kehilangan kerja antara sebab jumlah jualan rumah bagi suku ketiga 2016 mencatatkan penurunan 14%.

Menurut Napic, sepanjang suku ketiga antara Julai hingga September lalu, sebanyak 49,640 buah rumah yang terjual berbanding 52,486 buah pada suku kedua antara April hingga Jun 2016, dan 57,662 bagi suku ketiga 2015.

Nilai transaksi jualan rumah sepanjang suku ketiga 2016 mengalami penurunan 12% berbanding suku ketiga 2015, dan 6.6% bagi suku kedua 2016.

Kejatuhan jualan rumah paling ketara dalam kategori rumah berharga RM50,000-RM250,000.

Jerry menolak dakwaan harga rumah terlalu tinggi menjadi faktor kemerosotan jualan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan berdasarkan nilai semasa hartanah.

“Dari pihak pemaju, harga tidak boleh turun sebab kita lihat keuntungan tidak tinggi, ditambah kos pembinaan tinggi, syarat yang dikenakan pihak kerajaan juga ketat, malah kebanyakan pemaju menghadapi masalah jualah tidak akan meneruskan projek baharu sebaliknya cuba menyelesaikan jualan rumah yang sedia ada terlebih dahulu,” katanya.

RM5.90 bilion rumah tidak terjual tahun lalu


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments