Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kek halal: Majlis agama Singapura amal pendekatan fleksibel

 | January 11, 2017

Selagi syarat tersebut dipatuhi oleh para pelanggan, makan prinsip sijil halal yang dikeluarkan majlis itu masih terpelihara.

cake_muis_singappore_mcd_600

PETALING JAYA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil pendekatan fleksibel dalam menangani kontroversi dasar kek bersijil halal dalam premis makanan pemegang sijil halal.

Muis dalam satu kenyataan hari ini memberikan panduan yang membolehkan para pengguna membawa masuk makanan luar, seperti kek harijadi atau makanan bayi, tanpa menjejaskan status pensijilan halal perniagaan.

Muis mengemukakan panduan itu selepas McDonald’s Singapura turut mengeluarkan notis melarang makanan yang tidak mendapat sijil halal dibawa ke dalam premis mereka.

Muis dilaporkan berkata langkah McDonald’s Singapura itu dibuat tanpa merujuk kepada pihaknya dahulu.

“Pemegang sijil halal boleh mengamalkan budi bicara dalam kes sedemikian, selagi ia tidak membabitkan percampuran makanan, dan makanan tersebut tidak dibawa ke bahagian dapur, ruang penyediaan makanan atau kemudahan penyimpanan.

“Hanya sudu garfu pakai buang digunakan, dan bahan makanan tersebut dimakan dan sebarang baki perlu disimpan dalam beg dan segera dibuang.

“Selagi syarat-syarat tersebut dipenuhi, prinsip sijil halal masih terpelihara,” kata Muis, menurut laporan Media Corp.

Dasar membenarkan hanya kek bersijil halal dibawa masuk ke premis McDonald’s mencetuskan kontroversi dan mengundang kritikan antaranya daripada pengusaha kecil-kecilan.

Di Malaysia, McDonald’s berkata dasar itu tetap diteruskan sebagai mematuhi garis panduan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan pengeluaran sijil pengesahan halal berpandukan manual prosedur pensijilan halal (Semakan Ketiga) 2014.

“Ianya mengambil kira keseluruhan rantaian produk dengan pendekatan Halalan Toyyiban yang membawa maksud halal lagi suci, berkualiti dan selamat (food safety).”

Jakim puji McDonald’s teruskan dasar kek halal

Pastikan kek ada sijil halal sebelum sambut hari jadi di McDonald’s


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments