Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Laporan penilaian tumpahan minyak bakal dimuktamadkan

 | January 11, 2017

Jabatan Perikanan sedang mengenalpasti jumlah pemilik sebenar sangkar ikan dan nelayan yang terjejas

ayub-rahmat_wan-hai_kapal_60090

JOHOR BAHRU: Laporan penilaian kerugian susulan tumpahan minyak di perairan pelabuhan Pasir Gudang Selasa lepas akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata Jabatan Perikanan sedang mengenalpasti jumlah pemilik sebenar sangkar ikan dan nelayan yang terjejas.

“Setakat ini yang berdaftar lebih 300 nelayan, namun Jabatan Perikanan sedang mengenal pasti secara terperinci agar tiada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam proses tuntutan pampasan,” kata beliau kepada
pemberita selepas lawatan rasmi ke bilik gerakan bencana negeri, di sini, hari ini.

Menurut beliau, penilaian akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi mendapatkan penilaian tepat untuk dipanjangkan kepada kerajaan negeri dan Johor Port Berhad bagi proses tuntutan pampasan.

Katanya, tuntutan pampasan kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh kedua-dua pemilik kapal terbabit.

“Setakat ini, nilaian awalan kerugian dialami nelayan berjumlah RM 1 juta namun jumlah itu dijangka meningkat,” kata beliau.

Ayub juga berkata perkembangan terkini proses pembersihan selesai dilakukan di Tanjung Gemok dan Teluk Kabong, Pasir Gudang yang diketuai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

“Kita akan melawat kawasan terlibat untuk lihat lebih dekat kawasan yang telah selesai proses pembersihan yang dilakukan pihak terbabit,” kata beliau.

Keseluruhan kos pembersihan mencecah RM5 juta namun angka itu mungkin meningkat selepas penilaian akhir selesai dilakukan dalam tempoh terdekat, kata Ayub.

Kejadian pada jam 11.01 malam itu berlaku berpunca daripada kerosakan generator kapal Kontena MT Wan Hai 301 yang berdaftar di Singapura menyebabkan hilang kawalan dan melanggar kapal kontena MT APL Denver.

Ia menyebabkan tumpahan minyak daripada MT APL Denver yang dianggarkan 300 tan Marine Fuel Oil (MFO).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments