Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahkamah akan dengar permohonan Azmin cabar status rahsia 1MDB

 | January 11, 2017

Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Azmin dan seorang pemimpin PPBM untuk mendengar permohonan semakan kehakiman mereka serta menolak bantahan awal Putrajaya.

azmin-courtKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar tuntutan difailkan menteri besar Selangor dan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mengubah status sulit Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah hari ini memberi kebenaran kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zahid Md Arip untuk mendengar permohonan semakan kehakiman mereka serta menolak bantahan awal Putrajaya.

Peguam Zahid, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, hakim tidak yakin dengan hujah anak guamnya yang tiada locus standi untuk memfailkan permohonan itu.

“Beliau turut mendapati permohonan (Azmin dan Zahid) tidak remeh dan mereka memenuhi kehendak untuk mendapatkan kebenaran,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, hakim juga menegaskan kerajaan boleh membangkitkan isu locus standi apabila mendengar merit permohonan.

Haniff berkata, pengurusan kes itu ditetapkan pada 15 Februari ini.

Peguam Tommy Thomas mewakili Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan timbalan presiden PKR.

Peguam kanan persekutuan Suzanah Atan dan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan.

Zahid yang merupakan bekas timbalan ketua Pemuda PKR memfailkan permohonan itu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dengan menyatakan mereka berdua tidak boleh bersembunyi di sebaliknya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dengan tidak mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara.

“Mengklasifikan ia di bawah OSA adalah pelanggaran undang-undang,” katanya dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Beliau berkata, laporan audit sepatutnya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selepas ia disiapkan.

Zahid berkata, wujud konflik kepentingan dalam mengklasifikasikan laporan audit itu sebagai rahsia kerajaan kerana perdana menteri didakwa terbabit dalam skandal berkenaan.

Amin dalam semakan kehakimannya memetik keterangan Ambrin dalam perbicaraan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, di bawah OSA, beliau selaku ketua audit negara berbuat demikian atas arahan Najib.

Azmin bagaimanapun berkata, wujud konflik kepentingan bagi Najib disebabkan peranannya sebagai penasihat 1MDB.

Kes Azmin cabar keputusan 1MDB jadi rahsia rasmi 18 November

Najib fail bantahan kes Azmin cabar status rahsia 1MDB


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments