Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Penduduk pertikai pembinaan kubur Cina di tengah 5 kampung Melayu

 | January 11, 2017

Wakil 300 penduduk dari 5 buah kampung di Kuala Selangor berkata pembinaan perkuburan Cina akan menyebabkan orang Melayu tidak mahu mendiami atau membeli kediaman di situ.

banth232

KUALA SELANGOR: Kira-kira 300 penduduk dari 5 buah kampung mengadakan bantahan terhadap cadangan projek pembinaan tanah perkuburan Cina di Kampung Bukit Cerakah di sini, berikutan lokasi yang disifatkan tidak sesuai selain berhampiran dengan kediaman penduduk.

Lima kampung yang membantah projek itu ialah Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kerayong dan Bandar Puncak Alam.

Wakil penduduk, Melan Ismail, 49, berkata lebih dikesalkan apabila pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memaklumkan projek tersebut kepada penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu.

“(Cadangan) pembinaan kubur di atas bukit yang terletak di tengah-tengah 5 perkampungan yang didiami majoriti penduduk Melayu dilihat tidak sesuai.

“Lebih mengecewakan kami tidak diberitahu mengenai projek ini oleh pihak berkenaan dan hanya mengetahuinya apabila ternampak beberapa jentolak mula memasuki kawasan kampung untuk membuat jalan ke kawasan projek tersebut, Rabu lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, Melan menyeru PBT dan pihak berkaitan supaya meneliti serta mengkaji semula cadangan pembinaan tanah perkuburan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib berkata sekiranya projek itu diteruskan ia dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi penduduk setempat selain membantutkan pembangunan di kawasan Puncak Alam.

“Kawasan ini didiami penduduk majoriti Melayu dan jika perkuburan Cina dibina di kawasan ini sudah pasti orang Melayu menolak untuk mendiami atau membeli kediaman di sini.

“Kami berharap juga pihak kerajaan negeri campur tangan dan menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments