Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sarawak bersedih kehilangan pemimpin hebat

 | January 11, 2017

Parti politik ketepi perbezaan politik, mengenang Tan Sri Adenan Satem sebagai satu kehilangan besar bagi Sarawak dan Malaysia

chong-baru-adenan

PETALING JAYA: Terkejut dan sedih – itulah reaksi terhadap berita kematian mengejut Adenan daripada pemimpin tertinggi pembangkang.

Sejurus selepas berita kematian Adenan disebabkan komplikasi jantung, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen menghantar kenyataan kepada media, memohon untuk tidak menyiar kenyataan awalnya sebagai tanda hormat kepada ketua menteri itu.

“Kepada semua media, untuk menunjukkan rasa hormat kepada Ketua Menteri, sila jangan siar semua kenyataan saya yang dibuat pada sidang media petang ini,” kata Chien Jen dalam kenyataannya.

Sebagai tanda hormat, ibu pejabat DAP di Kuching menurunkan Jalur Gemilang, bendera Sarawak dan parti separuh tiang.flag

Dalam perutusannya, Chien Jen berkata Adenan melakukan yang terbaik untuk membawa “perubahan yang lebih baik kepada Sarawak”.

“Adalah menyedihkan bahawa dia telah meninggalkan kita. Sebagai ketua menteri yang berkhidmat dalam tempoh yang singkat, beliau telah banyak menyumbang kepada Sarawak dan menunjukkan kepada kita bahawa Sarawak mampu berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Adenan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan hari ini. Beliau sepatutnya menyambut hari jadi ke-73 pada 27 Januari.

Beliau mengepalai perjuangan menuntut Putrajaya mengiktiraf hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Pengerusi PKR negeri Baru Bian berkata Adenan melakukan segalanya demi rakyat Sarawak.

“Beliau melakukan yang terbaik untuk Sarawak dan saya mempunyai penghormatan yang besar untuknya.

“Moga roh Tan Sri Adenan dicucuri rahmat. Ahli parti saya dan saya melahirkan simpati kami kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga di atas kehilangan besar mereka.”

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang pertama menghantar mesej takziah manakala Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan Adenan berwawasan, dan kematiannya satu kehilangan kepada Sarawak dan Malaysia.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, Adenan melakukan yang terbaik kepada rakyat Sarawak.

“Beliau membawa banyak perubahan positif dalam membangunkan negeri Sarawak,” kata Hadi.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraeei menggambarkan Adenan sebagai pemimpin yang berjuang untuk hak bumiputera.

“Sepanjang tempoh singkat beliau sebagai ketua menteri, Adenan telah menunjukkan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang benar-benar mahu membantu rakyat Sarawak.

“Adenan menghentikan amalan tanah adat dirompak oleh pemaju yang berleluasa semasa pentadbiran Ketua Menteri sebelumnya,” katanya.

Pemimpin pembangkang yang lain juga turut menghantar mesej takziah.

“Sarawak kini berkabung,” kata mesej Twitter Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Chong Chien Jen.

Wakil rakyat DAP (interim) Violet Yong dan ADUN Padungan Wong King Wei juga menghantar mesej yang sama, memberi penghormatan kepada Adenan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments