Tandas khas orang Islam? Pengendali LPT2 mohon maaf
Ia dipasang di kawasan rehat di Lebuhraya Pantai Timur mencetusan kecaman netizen.
LPT2 Sdn Bhd turut mengesahkan gambar papan tanda “Tandas Muslimin” yang viral menerusi di media sosial, terletak di R&R Bukit Besi (Arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda rosak.
Dalam kenyataan kepada FMT, syarikat itu berkata kontraktor yang dilantik menggantikan papan tanda itu tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.
“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus mengadakan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Gambar papan tanda itu yang viral ini di media sosial mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perkauman.