Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Annuar jawab: Kelantan tak ‘pau’ duit Mara, UniKL

 | January 12, 2017

Pengerusi Mara berkata pasukan The Red Warrior ada pakej komersial sendiri dan bukan cara mereka untuk “pau” duit tajaan menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan dan titah perintah.

annuar-musa-mara-1

PETALING JAYA: Kemelut antara Tan Sri Annuar Musa dengan Tunku Mahkota Johor berlarutan dan kali ini berkaitan kritikan pedas Tunku Ismail Ibrahim berhubung penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Tersentap dengan dakwaan TMJ, Annuar yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tampil menafikan tuduhan kononnya beliau menggunakan wang Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW).

“Ada pula yang kata saya pakai duit Mara, duit biasiswa Mara untuk taja TRW. Saya rasa tak rugi kalau kita belajar menyelidik sikit supaya kita kelihatan ada daya ‘intellectual’ dan ada ‘substance’ daripada pungut saja semua ‘hear say’.

“Untuk makluman semua, Mara tidak pernah menaja TRW, walau satu sen, logo Mara 50th dipamerkan di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000.

“UniKL sebuah syarikat swasta tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya, jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan,” kata Annuar.

Pengerusi Mara itu dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata penjelasan itu tidak merujuk kepada individu tertentu saja, sebaliknya bersifat umum.

“Jangan samakan TRW dengan pasukan lain, TRW ada cara kami sendiri, kami tidak ‘pau’ duit tajaan menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan, titah perintah. TRW mempunyai pakej komersial sendiri,” katanya.

Annuar berkata beliau memberikan fakta itu kepada semua termasuk rakan media supaya mereka boleh menyemak laporan masing-masing.

“Saya tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara ‘direct’ atau ‘tit for tat’ kerana mereka itu kawan, kawan belaka.

“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang-panjang, kita maafkan sajalah.

“Jadi kawan media, teruskan membuat catatan dan awas jangan tersalah ‘pendrive’ anda,” katanya dalam nada berkias.

Terdahulu hari ini, TMJ turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan Mara dan UniKL kepada pasukan Kelantan.

TMJ menggesa Annuar menjelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL yang merupakan wang rakyat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments