Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Big Blue Taxi minta maaf pada SPAD

 | January 12, 2017

Shamsubahrin Ismail berkata semangat yang mendalam terhadap industri teksi mengaburi penilaiannya hingga menyebabkan beliau menyerang SPAD berhubung pelbagai isu teksi.

VIDEO INSIDE

Shamsubahrin

KUALA LUMPUR: Pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini meminta maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar kerana sering mengkritik badan itu berkait isu industri teksi.

Shamsubahrin yang selama ini memperjuangkan hak pemandu teksi membuat permohonan maaf itu kepada SPAD kerana tidak sengaja menyinggung beberapa pihak dan individu tertentu.

“Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini,” katanya kepada wartawan pada majlis pelancaran Aplikasi E-ticketing Big Blue 2GO di KLCC, di sini hari ini.

Shamsubahrin berkata semangat yang mendalam terhadap industri teksi mengaburi penilaiannya hingga menyebabkan beliau menyerang SPAD berhubung pelbagai isu teksi.

“Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan,” katanya.

Syed Hamid dalam ucapannya berkata SPAD sering menjadi “karung tinju” untuk semua pihak dalam industri itu dan mengalu-alukan kritikan serta cadangan untuk mengubah industri.

“Kami perlu terima kritikan kerana tugas kami untuk memenuhi aspirasi orang ramai. Apa yang kami mahu ialah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Shamsubahrin berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap SPAD seperti yang disebut sebelum ini.

“Saya masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap aplikasi Uber dan Grab serta pemandu teksi haram,” katanya.

Shamsubahrin berkata beliau juga mahu pengerusi SPAD itu kekal bersama suruhanjaya itu dan tidak meletakkan jawatan yang seperti yang pernah dicadangkannya beberapa kali sebelum ini.

“Kami perlukan Syed Hamid kerana beliau arif dengan undang-undang. Kami tidak mahu pengerusi baharu yang tidak tahu undang-undang dilantik,” katanya.

Ketika ditanya mengapa berubah fikiran dan mahu bekerjasama dengan SPAD, Shamsubahrin berkata beliau masih sama dan akan terus memperjuangkan industri teksi.

“Apa yang saya bantah ialah mengenai SPAD tidak mengambil tindakan terhadap aplikasi Uber dan GrabCar.

“Saya membazir masa menyuarakan isu itu dan ia tidak mendapat perhatian,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments