Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KTMB putuskan hasil siasatan terhadap presiden minggu depan

 | January 12, 2017

Lembaga pengarah KTMB akan mengadakan mesyuarat pada 19 Januari ini bagi menentukan nasib Datuk Sarbini Tijan.

nawawi-ktmbPETALING JAYA: Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan lembaga pengarah syarikat itu akan membuat keputusan berhubung siasatan dalaman terhadap Presidennya, Datuk Sarbini Tijan pada minggu depan.

“Kita akan bersidang pada 19 Januari ini dan akan membuat keputusan. Ia merupakan keputusan konsensus semua ahli lembaga pengarah,” kata Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi FMT.

Nawawi bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Sarbini kononnya siasatan dalaman itu tidak adil serta beliau didakwa demikian atas tindakannya mengendalikan operasi KTMB di sempadan Malaysia – Thailand.

“Saya tidak boleh komen kerana kes masih dalam siasatan,” kata Nawawi yang juga ahli Parlimen Langkawi.

Semalam, The Star melaporkan KTMB mengarahkan Sarbini bercuti sehingga siasatan dalaman terhadap urus niaga pemerolehan bernilai jutaan ringgit tanpa kelulusan lembaga pengarah itu selesai.

Sarbini yang dipetik The Star semalam berkata, tiada kejanggalan dalam pemerolehan perkhidmatan serta barangan dan beliau tidak pernah meluluskan sebarang pemindahan aset.

Beliau mendakwa menjadi sasaran kerana mengikut arahan Kementerian Pengangkutan dalam operasi KTMB di sempadan, iaitu untuk mengatasi kesesakan di sana serta membanteras kegiatan penyeludupan haram.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments