Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahkamah: Pemandu lori maut kerana polis tak ikut peraturan

 | January 12, 2017

Tahanan akan berada dalam keadaan selamat sekiranya pihak berkuasa mematuhi peraturan, kata Hakim Mahkamah Tinggi S Nantha Balan.

pchandranPETALING JAYA: Pemandu lori P Chandran maut dalam tahanan kerana polis tidak mematuhi Peraturan Lokap 1953, kata Mahkamah Tinggi.

Hakim S Nantha Balan berkata polis bertanggungjawab memastikan tahanan tidak diapa-apakan oleh anggota mereka, tahanan lain atau diri sendiri, termasuklah memastikan tahanan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan perubatan yang betul.

Nantha berkata demikian dalam keputusan setebal 86 halaman yang mendapati polis bertanggungjawab ke atas kecuaian yang menyebabkan kematian Chandran pada 2012.

Kata hakim, peraturan menyatakan polis perlu mesti menjaga tahanan yang sakit, khususnya apabila tahanan mengalami sebarang bentuk sakit otak.

Nantha berkata Peraturan Lokap merupakan kanun lengkap yang mengawal pengendalian dan pengurusan tahanan. Katanya tahanan akan berada dalam keadaan selamat sekiranya pihak berkuasa mematuhi peraturan.

Nantha menyatakan polis menyedari Chandran sakit dan perlu mengambil ubat.

Nantha menerima bukti daripada seorang saksi yang mengatakan majistret ketika prosiding reman mengarahkan polis supaya menghantar Chandran mendapatkan rawatan sekiranya perlu.

Bagaimanapun, Inspektor Mahezel Md yang menyiasat kes penculikan yang didakwa membabitkan Chandran, tidak mengambil langkah untuk menghantar Chandran ke hospital.

Nantha menyedari agak keras untuk menyimpulkan Mahezal melepaskan atau mengabaikan tanggungjawab apabila gagal menghantar si mati ke hospital.

Menurut Nantha, saksi polis memberi keterangan mereka mematuhi peraturan tetapi tiada bukti yang boleh dipercayai.

Hakim berkata secara puratanya setiap tahun terdapat 17 kematian membabitkan tahanan antara 2000-2014, berdasarkan kepada Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Kata Nantha, kematian dalam tahanan polis tidak boleh berlaku dalam demokrasi berperlembagaan yang moden dan matang seperti Malaysia.

Pada Isnin, Nantha menganugerahkan RM357,000 kepada balu Chandran, N Selvi, dan anak perempuannya, C Rita, sebagai pampasan kepada kecuaian dan penyalahgunaan jawatan awam.

RM50,000 lagi dianugerahkan sebagai kos.

Chandran, 47, mati dalam lokap polis Dang Wangi pada 10 September 2012, 4 hari selepas ditangkap.

Bedah siasat mendapati beliau tewas kepada penyakit jantung hipertensi.

Pada ketika itu, beliau tidak dibenarkan mengambil ubat yang cuba diberikan ahli keluarga.

Selvi dan Rita memfailkan saman pada 2014 susulan inkues yang mendapati polis bertanggungjawab ke atas kematian itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments