Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Persatuan peneroka mahu jumpa Shahrir, bincang masalah Felda

 | January 12, 2017

Mazlan Aliman sedia kerjasama dengan Shahrir bagi menyelesaikan masalah dihadapi peneroka

Mazlan-Aliman-shahrir-samad-felda-1

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berhasrat menemui pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi membincangkan masalah peneroka.

Presiden Mazlan Aliman berharap Anak, antara pengkritik lantang agensi persekutuan itu, dan Felda dapat bekerjasama demi kebaikan peneroka.

“Saya tidak ada masalah untuk kerjasama dengan Shahrir Samad. Kita pun akan buat satu surat kepada Shahrir untuk berjumpa dalam masa terdekat ini.

“Kita mahu jumpa Shahrir sebab nak mengetahui apa misi dan visi dia sebagai pengerusi Felda baru. Masa perjumpaan itu kita akan maklumkan,” katanya kepada FMT.

Pada 6 Januari lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru dilantik menjadi pengerusi Felda baharu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang tamat tempoh perkhidmatan.

Bagaimanapun Isa Samad kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Shahrir membayangkan rombakan pengurusan agensi bagi meningkatkan penyelesaian permasalahan warga Felda masa kini.

Mazlan melihat pelantikan Shahrir bertujuan untuk meredakan kemarahan peneroka berikutan pilihan raya yang dijangka akan diadakan tahun ini.

“Jadi tugasnya hanya untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan warga Felda. Jadi apabila pilihanraya nanti, peneroka akan terperangkap dengan apa yang disebut Tan Sri Shahrir sebagai orang baru, ini akan menjadi benteng terakhir untuk BN meneruskan pengaruh mereka.

“Pengalaman Shahrir juga akan digunakan sepenuhnya untuk meyakinkan ahli Parlimen BN di kawasan Felda untuk turun bawah beri harapan baru kepada warga Felda,” katanya.

Sementara itu, Mazlan mempersoalkan pengekalan Isa Samad sebagai pengerusi FGV.

“Bagaimana perjalanan dalam Felda apabila FGV, yang menjalankan perniagaan teras berkait aset Felda, dipimpin orang berbeza?

“Dalam keadaan belanjawan Felda yang memerlukan RM1.5 bilion hingga RM1.7 bilion setiap tahun, sejauh mana komitmen FGV terhadap Felda?” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments