Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rumah tak jadi dilelong, kisah derita suami isteri tamat

 | January 12, 2017

Ketua aktivis Persatuan Islam Malaysia berkata bank bersetuju batal lelongan rumah itu bagi kali kelima apabila pembeli membatalkan pembelian kerana tidak sanggup menghalau pemiliknya.

Datuk-Nadzim-Johan

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri yang terpalit dengan kontroversi apabila rumah mereka di Subang 2, Shah Alam dilelong dan kemudian diisytiharkan muflis kerana gagal membayar pinjaman bank 3 tahun lalu kini boleh menarik nafas lega.

Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata hasil rundingan dengan Affin Bank pada Selasa lalu, bank itu bersetuju membatalkan lelongan rumah keluarga tersebut bagi kali kelima selepas pembeli asal membatalkan pembelian kerana tidak sanggup menghalau pasangan suami isteri berkenaan.

“Pada 10 Januari, perbincangan diadakan dengan Affin Bank dan kami menuntut beberapa perkara, antaranya bank perlu batalkan lelongan rumah tersebut, pengisytiharan muflis suami isteri itu dibatalkan dan bank terus memberi pinjaman kepada mereka.

“Bank bersetuju dengan permintaan kami dan pada masa ini kami menunggu bank memuktamadkan pembatalan status kebankrapan suami isteri itu,” katanya.

Pemilik rumah itu, Nor, 23, yang enggan mendedahkan nama penuhnya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PPIM.

Pihak bank didakwa mengisytiharkan pemilik sebagai muflis pada Jun 2014 tanpa pengetahuannya dan pada masa sama menawarkan penyusunan semula bayaran sebanyak RM350,000 bagi tempoh 25 tahun.

Isu rumah Nor menjadi viral di media sosial pada 21 Disember tahun lalu apabila seorang individu dikenali sebagai Lee Hui Sen memenangi lelongan sebuah rumah teres 2 tingkat berharga RM445,000.

Lee kemudian pergi memeriksa keadaan rumah berkenaan dan mendapati keluarga pemilik rumah itu masih tinggal di situ menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk mengambilnya daripada mereka.

Lee kemudiannya melepaskan wang deposit RM44,500 dan menyerahkan semula rumah itu kepada pemilik asalnya.

Sementara itu, Nadzim berkata beliau meminta Kementerian Kewangan dan Bank Negara mengambil maklum berhubung isu tersebut supaya tidak berulang kepada individu lain.

“Kami meminta Kementerian Kewangan dan Bank Negara mengeluarkan perintah dalam kes di mana pelanggan mempunyai aset, bank tidak boleh mengambil tindakan mengisytiharkan mereka muflis,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments