Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

The Body Shop minta maaf iklan ‘Cina sahaja’

 | January 12, 2017

Pengurusan Body Shop menyalahkan kakitangannya kerana menaikkan iklan kekosongan jawatan untuk 'Cina sahaja'

the-body-shop-1

PETALING JAYA: “Kami minta maaf,” kata francais The Body Shop selepas iklan kekosongan jawatan untuk “Cina sahaja” mengundang kecaman orang ramai.

Syarikat barangan kosmetik dan dandanan diri itu memohon maaf di atas iklan, yang menurut mereka, dinaikkan oleh seorang pekerja stor, lapor Malay Mail Online.

“Tindakan yang tidak diluluskan itu dilakukan oleh seorang pekerja stor kami. Kami sama sekali tidak bersetuju dengan tindakannya.

“Kita memohon maaf atas iklan yang melukakan hati itu,” kata mereka melalui Twitter @TheBodyShop_MY.

Syarikat itu menambah siasatan sedang dijalankan terhadap pekerja yang bertanggungjawab.

“Kita tidak patut, dan tidak pernah, mengamalkan pemilihan berasaskan kaum dalam dasar sumber manusia kami.

“Bagi kami, kebolehan dan pengalaman, serta kemahiran dan kecekapan seperti kemahiran bahasa, lebih penting.”

Body Shop Malaysia berkata sebagai jenama dan syarikat antarabangsa, ia terlibat dalam kempen melawan diskriminasi dalam semua bentuk di Malaysia sejak lebih 30 tahun.

“Sememangnya cabaran itu memerlukan usaha yang berterusan untuk mengubah pemikiran dan menyemai budaya infklusif yang kita bina selama ini, sambil kita mengembangkan rangkaian The Body Shop di Malaysia.

“Kesilapan ini tidak akan menyebabkan kita putus asa.”

Gambar iklan bermasalah itu dimuatnaik ke Facebook oleh Kishaniah Dhamodaran semalam.

The Body Shop merupakan syarikat komestik dan penjagaan kulit British milik L’Oreal, yang membelinya pada 2006 daripada pengasasnya, Anita Roddick, seorang pejuang hak asasi manusia dan alam sekitar.

Di Semenanjung Malaysia dan Sabah, francis dimiliki oleh Rampai-Niaga Sdn Bhd, yang memiliki 70 buah kedai.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments