Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Perbicaraan semula kes bunuh pengasas Ambank bermula Mac

 | January 17, 2017

Keputusan berkenaan dibuat selepas membenarkan rayuan tertuduh dan mengetepikan sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 14 Dis tahun lepas.

najadi-ambank-1KUALA LUMPUR: Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi akan bermula pada 16 Mac.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman juga menetapkan 27 hingga 31 Mac dan 22 hingga 26 Mei untuk perbicaraan kes Koong Swee Kwan selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semula di hadapan hakim baharu.

Panel 5 anggota hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Koong, 47, dan mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi pada 14 Dis tahun lepas.

Koong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai, 2013.

Mahkamah Persekutuan juga membenarkan rayuan Koong terhadap hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah kerana cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 52, dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula.
Pada prosiding hari ini mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kedua-dua kes itu dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi yang sama.

Terdahulu Koong mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Koong diwakili peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin serta Hamdan Hamzah.

Mahkamah juga dimaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk perbicaraan semula itu.

Mahkamah kekal hukuman mati terhadap pembunuh pegawai Ambank


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments