Rohingya sambut baik tawaran latihan vokasional
Kumpulan kebajikan pelarian berterima kasih kepada usaha timbalan perdana menteri
PETALING JAYA: Ketua kumpulan kebajikan pelarian menyambut baik langkah kerajaan memberi latihan vokasional separa mahir kepada pelarian Rohingya.
Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom) berkata rancangan itu merupakan langkah positif untuk 56,000 Rohingya di Malaysia yang memegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
“Bagi pihak masyarakat saya, kami dengan hati terbuka berterima kasih kepada timbalan perdana menteri,” katanya FMT.
Awal hari ini, Zahid memberitahu Bernama Malaysia akan menyediakan latihan buruh separa mahir kepada 56,000 Rohinga yang mempunyai kad UNHCR.
Pekerjaan di bawah kategori itu umumnya termasuk pengawal keselamatan, pemandu teksi, pengendali dobi dan kerani tetapi belum diketahui rancangan khusus Zahid untuk pelarian Rohingya.
Zahid berkata latihan itu akan mengubah pelarian daripada liabiliti kepada aset.
“Perincian ini sedang dilakukan dan akan saya umumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Zahar berharap langkah itu tidak menjadi janji kosong.
“Kalau betul mahu membantu, usahakanlah sehingga jadi.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Beliau berharap kerajaan akan meneruskan kempen memperjuangkan hak Rohingya di arena antarabangsa.