Dari jutawan kepada aktivis misi kemanusiaan
Usahawan Sani Araby mengetuai sekumpulan sukarelawan menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa konflik Syria
BANGI: Beliau boleh sahaja mengirim cek untuk amal kebajikan dari ruang rumah yang selamat. Sebaliknya beliau memilih untuk melangkah keluar dan mendedahkan dirinya kepada serangan pengebom berani mati dan serangan udara.
Pada 30 Januari ini, jutawan Sani Araby akan menyertai misi bantuan kemanusiaan yang ke-8 ke Syria.
Beliau akan mengetuai 1 pasukan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk membina 50 sekolah dan dewan ibadat di kem pelarian yang terletak di sempadan Turki-Syria. Beliau mengepalai kerja-kerja kebajikan di bawah Mapim di sana.
“Selepas Aleppo diserang pada penghujung Disember, kita mahu beri bantuan kecemasan kepada pelarian yang meninggalkan bandar itu,” katanya. “Dalam masa 5 hari, kita mengumpul RM500,000 dari rakyat Maaysia. Jadi kami mampu beri barang seperti selimut, alat pemanas dan barangan keperluan yang lain.
“Kami akan pergi ke sana sekali lagi untuk 1 misi pada hujung Januari ini.”
Pernah pada satu ketika jumlah orang kehilangan tempat tinggal mencecah 11 juta, dan meningkat susulan serangan ke atas bandar-bandar utama seperti Aleppo.
Sekitar 45,000 pelarian baharu dari Aleppo sahaja.
“Saya tidak mempunyai angka pelarian terbaharu, tetapi kami nampak ada orang baharu bila melawat kem pelarian,” kata Sani.
Tetapi mengapa seorang jutawan meletakkan dirinya dalam bahaya dengan mengetuai misi berisiko seperti itu?
Usahawan berusia 33 tahun itu, yang melibatkan diri dalam perniagaan tekstil, barangan tenusu, makanan dan minuman di utara Malaysia Barat, berkata beliau ingin melakukan perubahan.
Sani akui Syria jauh berbeza dengan misi kemanusiaannya di Gaza.
“Serangan di Gaza bermusim, tetapi di Syria, serangan berlaku setiap hari. Kita tak boleh agak apa yang akan berlaku.”
Sani berkata: “Saya tak pernah menjalani latihan ketenteraan. Saya perlu fokus. Panggilan dari ahli keluarga akan mengganggu tumpuan saya. Kalau mereka mahu tahu perkembagan semasa, boleh tengok laman Facebook atau hubungi Mapim.
Mengapa Syria?
“Jawapan biasa tentulah dorongan agama. Tetapi saya selalu kata kerana saya rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia membantu ramai orang.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Beliau berkata pelbagai kaum memberi sumbangan kewangan untuk misi kemanusiaan. “Kita sebenarnya bercakap mengenai kasih sayang apabila kita bercakap mengenai kemanusiaan,” tambahnya.