Lelaki amuk bakar rumah, 3 maut rentung
Sebelum itu, lelaki berkenaan bertindak menetak salah seorang mangsa, Mohd Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut.
Sebelum itu, lelaki berkenaan bertindak menetak Mohd Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut.
Isteri mangsa, Sofia Hasan, 17, berkata lelaki itu bertindak membakar rumah itu selepas menetak suaminya.
Katanya, 2 lagi yang rentung dikenali sebagai Noraini Abdullah, 62, dan Daud Abdullah, 64.
“Saya mendukung anak bersama ibu sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah.
“Bagaimanapun nenek (Noraini) yang sakit dan datuk (Daud) yang buta tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemui terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Sofia berkata bapanya Hasan Abdullah, 36, juga cedera ditetak di bahagian leher ketika cuba menarik perhatian lelaki itu semasa dia, anak dan ibunya cuba menyelamatkan diri.
Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 3.43 petang sebelum 8 anggota dari Balai Bomba Petrajaya digerakkan ke lokasi.
“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada 4.11 petang mendapati kebakaran itu menyebabkan sebuah rumah jenis struktur tidak kekal terbakar 100%.
“Ketika proses pemadaman dilakukan 3 mayat rentung ditemukan,” katanya sambil menambah kebakaran dapat dipadamkan kira-kira 4.40 petang.
Pasukan forensik bomba dan anggota polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki berkenaan berjaya ditangkap di dalam kawasan hutan tidak jauh dari lokasi kejadian pada 7.30 malam tadi.