Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PKR Sarawak tak akan bertanding di Tanjung Datu

 | January 25, 2017

Pengerusi PKR Sarawak berkata parti pembangkang mempertimbangkan keadaan itu secara keseluruhan sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK berkenaan.

barubian-pkr

KUCHING: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata parti itu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu kerana memilih untuk fokus kepada persediaan pilihan raya umum akan datang.

Adun Ba’Kelalan itu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini berkata legasi Tan Sri Adenan Satem turut memberi kesan terhadap keputusan itu.

“Kami rasa kami tidak akan bertanding di Tanjung Datu. Asasnya ia cara untuk memberi penyandangnya, Datuk Abang Johari dan kerajaan negeri, peluang menjalankan dan melaksanakan inisiatif Adenan.

“Kami mahu melihat ia dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat parti.

Beliau berkata mereka sedar kemungkinan akan ada pandangan yang menentang apabila mereka tidak bertanding di Tanjung datu.

“Kami juga mahu melihat perkara itu dengan gambaran lebih besar. Secara politiknya tidak perlu ada pertandingan kerana kami mahu fokus kepada PRU14,” katanya merujuk kepada PRU akan datang yang perlu diadakan selewatnya Jun tahun depan.

Baru berkata parti itu mempertimbangkan keadaan itu secara keseluruhan sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK itu.

“Kami tahu pendirian yang dibuat Adenan. Beliau mencetuskan dan menggiatkan semula visi dan impian kami dengan kembali menuntut semula hak kami.

“Bukan itu saja, beliau jadikan sejarah sebenar Sarawak satu pengetahuan umum, dan bagaimana ia membantu membentuk Malaysia, bukan sekadar menyertainya.

“Pendirian beliau konsisten dengan aspirasi kami, sama seperti apa yang dibuat PKR pada 12 September 2012 menerusi Deklarasi Kuching,” katanya.

Baru berkata beliau berharap ketua menteri baharu akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan inisiatif Adenan, terutama berkaitan kebebasan beragama dan isu tanah adat hak Bumiputera.

Adenan menang kerusi Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri tahun lalu dengan majoriti 5,892 undi. Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menewaskan calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya mendapat 468 undi.

Setiausaha Agung PBB Stephen Rundi Utom baru-baru ini mendesak pembangkang supaya tidak bertanding di kerusi itu sebagai tanda penghormatan kepada Adenan.

Sumber PBB memberitahu FMT, balu Adenan, Puan Sri Jamilah Anu ialah antara calon pilihan untuk bertanding di kerusi itu.

Seorang lagi calon ialah anak lelaki bong Adenan, iaitu Azizul Annuar, 26.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments