Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PRU14: PAS anjur 60 hari solat hajat pertahan Kelantan

 | February 4, 2017

"Kita perlu merancun serangga perosak yang cuba mengganggu-gugat kerajaan negeri," kata Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Hassan-Mohamood_kelantan_solat_6001

PETALING JAYA: PAS Kelantan bermula semalam menganjurkan solat hajat dan munajat selama 60 berturut-turut bagi mempertahankan Kelantan di bawah kepimpinan mereka.

Program Munajat Perdana diadakan setiap jam 4.30 pagi di 14 kawasan Parlimen, diikuti 45 kawasan Dewan Undangan Negeri dan akan diulangi sehingga pilihan raya umum ke-14 diadakan.

“Kita sebagai pejuang perlu melakukan amalan munajat berterusan sama ada secara berkumpulan atau individu sebagai salah satu cara bagi mendapat pertolongan Allah,” kata Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood semalam, lapor Harakahdaily.

Program itu dilancarkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) awal pagi semalam.

Selain program solat hajat dan munajat, Hassan dilaporkan berkata gerak kerja pilihan raya seperti menggerak daftar pemilih dan mengadakan kursus pengendalian pilihan raya juga diadakan.

Hassan berkata hanya Kelantan di bawah PAS bersungguh melaksanakan syariat Islam.

“Oleh itu kita perlu meracun serangga perosak yang cuba mengganggu-gugat kerajaan negeri yang ada sekarang,” ujarnya.

PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya akhir Ogos 2018.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments