Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Letak imej anjing, babi pada produk, kata persatuan pengguna

 | February 15, 2017

Pengerusi PPIM berkata langkah itu bertujuan mengelak pengguna Islam keliru dan terus membeli barang diperbuat daripada sumber haram.

nadzim-johan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa peniaga untuk segera meletakkan imej babi atau anjing pada produk yang menggunakan bahagian binatang berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bertujuan mengelak pengguna Islam daripada keliru dan terus membeli barang diperbuat daripada sumber haram.

“Sebagai contoh, tidak semua pengguna tahu maksud porcine yang terdapat pada label sesuatu produk adalah babi.

“Namun, jika imej babi diletakkan pada produk berkenaan, semua orang termasuk kanak-kanak akan tahu ia dihasilkan daripada haiwan itu,” katanya pada sidang media bagi mengulas isu berus bulu babi di sini hari ini.

Nadzim berkata perkara itu bukan isu politik, agama atau perkauman kerana undang-undang sedia ada di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 menetapkan barang yang diperbuat daripada babi atau anjing dilabelkan.

Di bawah akta sama juga, barang berkenaan perlu diletakkan secara berasingan daripada barang-barang lain yang terdapat di dalam premis.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini memberi tempoh sebulan bermula 9 Feb kepada peniaga untuk melabel produk yang diperbuat daripada bulu binatang termasuk menyatakan secara khusus sama ada ia diperbuat daripada bahagian tubuh babi atau anjing.

Hamzah: Henti rampas berus bulu babi, elak perpecahan kaum


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments