Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim

 | February 17, 2017

Rundingan kerjasama PRU14 masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.

Tuan-Ibrahim_ppbm_60021

KUALA LUMPUR: Menjelaskan pendirian PAS tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan DAP dan Amanah, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rundingan dengan parti pecahan Umno itu masih diteruskan.

Timbalan presiden itu berkata peluang kerjasama masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.

Pendekatan itu juga diguna pakai dalam hubungan dengan PKR, tambahnya.

“Kerjasama ini mesti kerjasama tidak menyerang PAS dan parti yang ingin bekerjasama tidak boleh bersama DAP dan Amanah menyerang PAS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di sini hari ini.

Tengah hari tadi, Hadi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah, lapor Bernama.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua parti.

PPBM dan PAS sebelum ini bertemu untuk memperhalusi suatu draf rangka kerja persefahaman menghadapi pilihan raya umum akan datang. PPBM berharap PAS menyertai usaha pakatan pembangkang untuk 1 lawan 1 melawan BN pada PRU nanti.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak meletakkan tarikh akhir untuk rundingan ini.

“Selepas kita perolehi keputusan dari jawatankuasa perundingan, ia akan dibawa kepada jawatankuasa PAS pusat sebelum ia diputuskan secara muktamad majlis syura,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Hadi, yang didakwa bercanggah dengan penerangannya, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menyemak semula kenyataan presiden berdasarkan laporan media rasmi mereka, Harakah.

Muktamad, PAS tak nak kerjasama dengan PPBM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments