Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Suspek pembunuhan Jong-nam ‘berlatih mengusik’ di China

 | February 17, 2017

Laporan mengatakan 2 wanita itu didatangi seorang lelaki yang dikatakan seorang perisik

kim-jong-nam_kill_1600

PETALING JAYA: Dua wanita yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam dilaporkan berada di China selama 3 bulan sebelum pembunuhan di Malaysia, lapor media Singapura, The Straits Times.

Memetik laporan China Press, laporan itu mengatakan Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 29, bekerja di China, apabila didatangi seorang lelaki yang dipercayai seorang perisik.

Lelaki itu memperkenalkan Doan, dan kemudian Siti, kepada 4 lelaki yang sedang dikehendaki polis dalam siasatan pembunuhan Jong-nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Teori laporan itu ialah 2 wanita terbabit bukan ejen Korea Utara tetapi diperdaya untuk melakukan pembunuhan tanpa disedari mereka, yang menyangka ianya sekadar usikan untuk kamera.

Kedua wanita itu dibayar untuk mengambil bahagian. Mereka dikatakan berlatih babak itu secara bersama agar lancar di hadapan kamera.

Siti ditugaskan untuk menyerkup muka Jong-nam dengan sapu tangan manakala Doan pula mengenakan suntikan.

Kedua wanita itu mendakwa mereka sangkakan ia cuma usikan untuk kamera ketika melakukan aksi yang digambarkan berlaku pada Isnin di klia2.

Jong-nam berada di lapangan terbang untuk penerbangan 9.00 pagi ke Macau. Beliau pergi ke kaunter meminta pertolongan kerana mengalami kesakitan.

Beliau memberitahu kakitangan kaunter seorang wanita menyemburnya dengan cecair manakala seorang lagi menyerkup mukanya dengan kain.

Beliau kemudian dibawa ke klinik berhampiran di lapangan terbang. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita itu nafi mengenali identiti sebenar mangsa. Doan ditangkap pada Rabu apabila dia kembali ke klia2 untuk pulang ke negaranya.

Siti pula ditahan di sebuah hotel di Ampang pada jam 2.00 keesokan hari. Teman lelaki Siti, seorang warga tempatan, juga ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber polis percaya Siti meninggalkan Doan dan berharap akan dapat bersembunyi di hotel itu sehingga keadaan membolehkan dia meninggalkan negara ini.

Polis sedang memburu 4 lelaki yang dikatan bersama 2 wanita itu di lapangan terbang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments