Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan pengganas di Pakistan

 | February 17, 2017

Sekurang-kurangnya 60 orang maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan di atas makam Lal Shahbaz Qalandar, Sindh

pakistan_attack_malaysia_60

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam serangan pengganas di Wilayah Sindh, Pakistan pada Khamis, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 nyawa dan mencederakan 250 orang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau situasi berkenaan.

“Kerajaan Malaysia amat sedih dengan tindakan keganasan yang tidak berasas ini dan telah meragut banyak nyawa tidak berdosa di samping mencederakan ramai yang lain.

“Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan secepatnya. Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat,” kata Wisma Putra.

Laporan media menyebut, sekurang-kurangnya 60 maut manakala 250 orang cedera dalam kejadian letupan ke atas makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh.

Menurut laporan stesen televisyen CNN, Islamic State Khorasan, sekutu kumpulan militan IS di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments