Korea Utara desak 3 suspek kes bunuh Jong Nam dibebaskan
Kedutaan Korea Utara menerusi satu kenyataan media hari ini berkata 2 wanita dan seorang suspek lelaki “ditahan secara tidak munasabah”.
KUALA LUMPUR: Kedutaan Korea Utara di Malaysia hari ini berkata 3 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam sepatutnya dibebaskan serta-merta.
Dua wanita, masing-masing dari Vietnam dan Indonesia serta seorang lelaki warga Korea Utara “ditahan secara tidak munasabah”, kata kedutaan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media.
Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di lapangan terbang klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong Nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.
Polis Malaysia hari ini berkata seorang pegawai kanan Kedutaan Korea Utara dan seorang staf syarikat penerbangan Korea Utara turut dikehendaki untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Jong Jam.
Malaysia anggap tuduhan Korea Utara ‘bohong, khayalan’
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram