Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia akan keluarkan waran tangkap diplomat Korea Utara

 | February 25, 2017

Tempoh 'berpatutan' akan diberi kepada diplomat untuk tampil sebelum polis ambil tindakan selanjutnya

abu-samah

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap diplomat Korea Utara yang dikehendaki untuk disoal tentang pembunuhan Kim Jong Nam jika beliau tidak mahu bekerjasama dengan polis.

Tempoh “berpatutan” akan diberi kepada diplomat untuk tampil sebelum polis ambil tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Pada Rabu, Malaysia berkata Hyon Kwang Song, 44, setiausaha kedua di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, dikehendaki untuk disoal tentang kematian abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Samah berkata polis akan mengeluarkan notis di bawah undang-undang Malaysia jika orang berkenaan tidak mahu bekerjasama, “memaksa” mereka tampil menemui pasukan penyiasat.

“Jika dia gagal tampil selepas notis diberikan, kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah,” katanya kepada pemberita.

Lapan warga Korea Utara dikehendaki dalam siasatan kes ini, termasuk diplomat itu. Seorang ditahan polis, 4 lagi dipercayai melarikan diri ke Korea Utara, manakala 2 lagi masih di Malaysia.

Kim Jong Nam dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 oleh agen saraf VX, dikelaskan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh PBB, kata polis semalam.

Dua wanita – seorang warga Indonesia dan seorang warga Vietnam – juga ditahan. Semalam polis berkata salah seorang dari mereka mengalami muntah-muntah dipercayai kesan VX.

Samah juga mengesahkan pihak berkuasa menyerbu sebuah pangsapuri di pinggir Kuala Lumpur berhubung pada Rabu berkaitan pembunuhan itu.

Penyiasat masih memburu sebarang kesan kimia di pangsapuri itu, tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments