Lelaki jerit ‘bom’ kemudian serah diri
Suspek mempunyai rekod lampau melibatkan dadah dan curi kenderaan, menurut siasatan awal polis.
Beliau berkata pemeriksaan oleh sebuah robot Unit Pemusnah Bom hanya menemukan sebilah parang dalam kereta jenis Mercedez Benz itu.
“Semasa kejadian anggota polis bertugas yang menjaga laluan perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdl) melihat sebuah kereta berhenti di simpang lampu isyarat sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari kereta itu.
“Lelaki berkenaan kemudiannya menjerit terdapat bom di dalam keretanya sebelum dia melarikan diri menaiki kereta rakannya,” katanya pada sidang media semalam.
Tambahnya kereta tersebut yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagian hadapan serta belakang ditunda ke Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 7.40 malam semalam.
Mohamad Zainal berkata suspek berkenaan yang merupakan penduduk tempatan menyerah diri kepada pihak polis di lokasi insiden kira-kira 1 jam selepas kejadian.
Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai 2 rekod lampau masing-masing melibatkan kes dadah serta curi kenderaan dan ditahan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.
Beliau berkata lokasi insiden merupakan laluan LTdl peringkat ke-4 yang bermula di Manjung dan kejadian berkenaan terjadi kira-kira 15 minit selepas kumpulan pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.
“Suspek dipercayai mengekori pelumba LTdl dari jarak jauh namun motif sebenar kejadian masih lagi disiasat,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Pemeriksaan oleh robot yang dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pada pukul 4.30 petang turut mengambil masa selama hampir 3 jam dan memaksa laluan ditutup kira-kira 3 jam bermula pada pukul 5.00 petang untuk memastikan keselamatan orang ramai.