Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Johor hanya benar tukar status Bumiputera rumah mewah, kata MB

 | March 2, 2017

Khaled berkata, pelepasan status Bumiputera itu sama sekali tidak membabitkan rumah kos rendah serta mampu milik.

Mohamed-Khaled-Nordin_ppr_600_1

PETALING JAYA: Menteri besar Johor mengakui kerajaan negeri membenarkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera dalam usaha mengurangkan lambakan kediaman mewah.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun menjelaskan, pelepasan status Bumiputera itu hanya terhad kepada rumah mewah yang menjadi amalan kerajaan negeri Johor sejak dulu lagi, dan ia sama sekali tidak membabitkan rumah kos rendah serta mampu milik.

“Permohonan ini lazimnya dibuat pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka.

“Sejak akhir 2013, penambahbaikan dilakukan kerajaan negeri dengan menetapkan salah satu syarat yang mesti dipenuhi pemaju dalam membuat permohonan pelepasan status Bumiputera tersebut ialah pemaju memberi sumbangan kepada kerajaan negeri.

“Jumlah yang ditetapkan ialah 7.5%, bersamaan 50% daripada 15% diskaun Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 24 Februari lalu, 6 lelaki berusia 25 hingga 50 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di beberapa lokasi di Johor Baharu. Suspek terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang penjawat awam Johor, 2 pemaju serta masing-masing seorang peguam dan orang awam.

SPRM berkata, semua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Menurut sumber dipetik Bernama, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan mereka yang layak mendapat rumah status Bumiputera tidak mampu membeli rumah.

Selain tangkapan itu, 21 kereta mewah, 5 motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen turut dirampas. Sebanyak 45 akaun bank milik semua suspek melibatkan kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan.

Khaled berkata, hasil bayaran pelepasan status Bumiputera itu dimasukkan ke Tabung Perumahan Bumiputera dan sumbangan yang diterima sejak 2013 itu kini mencecah RM600 juta.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan syarikat berkaitan kerajaan negeri seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor bagi mengenal pasti dan membeli tanah sesuai untuk membina rumah mampu milik dan kos rendah, gerai atau pusat perniagaan mampu milik buat Bumiputera negeri itu.

“Dana itu juga membolehkan kerajaan negeri membeli tanah milik Bumiputera yang strategik dan bersesuaian supaya ia kekal dimiliki Bumiputera dan menjadi sebahagian sumbangan dana pusingan di bawah skim pembiayaan perumahan mampu milik Johor di bawah AmBank Islamic.

“Penjelasan ini sekaligus menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP yang kes dalam siasatan SPRM ini melibatkan rumah mampu milik Bumiputera dan kerana itu terdapat kekurangan serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli Bumiputera,” katanya.

Exco Johor bercuti selepas anak, pegawai ditangkap SPRM

Skandal hartanah Johor: Suspek disyaki tukar status rumah Bumiputera

SPRM tangkap 6 individu terlibat skandal rasuah hartanah di Johor


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments