Polis nafi khabar angin mayat Pastor Koh ditemui
Penculikan pemimpin agama Kristian itu terus menjadi misteri apabila polis dan keluarga mangsa menafikan khabar angin terkini yang tersebar di WhatsApp.
Mengulas khabar angin itu yang sudah tersebar meluas di aplikasi WhatsApp, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohd Zani Che Din memberitahu akhbar itu tidak ada laporan seumpama itu dibuat kepada polis.
Keluarga pastor itu juga menafikan khabar angin yang Koh dibunuh dan mayatnya ditemui.
Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari. Mangsa memandu kereta Honda Accord berwarna perak dengan nombor plat ST 5515 D.
Beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya ketika diculik dan menerusi rakaman CCTV, penculikan itu nampak terancang membabitkan lebih 10 lelaki dan 7 kenderaan pada waktu siang.
Keluarga Koh menawarkan habuan RM100,000 untuk mendapatkan maklumat di mana beliau berada.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Malam tadi, lebih 300 orang berkumpul memasang lilin berhampiran Plaza Masalam di Seksyen 9, Shah Alam, untuk menonjolkan kekurangan maklumat polis berhubung penculikan itu, dengan ramai yang bimbang ia mungkin jenayah didorong oleh keagamaan.