Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wan Azizah jadi PM? Bukan DAP saja boleh pilih, kata Dr M

 | March 9, 2017

Dr Mahathir mengulas kenyataan seorang ahli Parlimen DAP yang berharap isteri Anwar itu menjadi PM wanita pertama Malaysia?

mahathir-wan-azizahPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan cadangan DAP supaya melantik Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.

“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Semalam, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata Wan Azizah, yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh menjadi perdana menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.

Loke berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimpikan seorang perdana menteri wanita di malaysia menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments